Ini adalah harapan Alan secara kasarnya. Nak tulis detail sangat pun tak boleh jugak. Sebenarnya banyak harapan Alan, terutamanya kepada gadjet. Memang minat sangat lah kann? Tapi Alan belum bekerja dan still study memang tak mampu lah nak beli benda ni semua. Tunggu orang bagi hadiah sudah. Hehe.

Laptop

Since Alan baru je sambung study, teringin sangat nak memiliki sebuah laptop. Apple MacBook Pro 13 Inch (MBP) menjadi indaman Alan. Minat sangat ngan lappy ni. Walaupun mahal teringin sangat nak rembat satu. Sebelum ni kerja ingatkan nak kumpul duit beli MBP tapi tak sempat sebab tetiba surat sampai kat rumah suruh daftar masuk 11 Julai. Memang kempunan lah Alan. Sekarang ni pun tengah bodek-membodek mak. Manalah tau dia nak belikan ke? Alhamdulillah.

Apple MacBook Pro 13 Inch 2011

Design yang memang superb nice lah kan? Lagi nice bila guna kat tempat gelap. Siap bercahaya lagi. Tapi bukan sebab ini semata-mata Alan nak rembat MBP ni. Hehe.. Lagi, bateri tahan lama, lambat panas dan yang paling penting NO VIRUSES!!!

Psssttttttttt. Semoga Alan dapat MBP ni. InsyaAllah

Motorsikal

Kalau tak berminat dengan motor bukan remaja nama nya. Nanti bila sem 2 (Tahun depan), Alan akan menduduki rumah sewa berbeza dengan sekarang duduk asrama. So, bila duduk luar dah tentu memerlukan transport betul tak? Motorsikal menjadi pilihan.

Yamaha 125zr

Alan tak berapa minat sangat dengan motor auto (Sekuter) ni. Orang kata macam perempuan pun ada. Yang paling jahat orang kata motor untuk orang cacat. Aduhaaii… Memang tak lah kann? So, Alan lagi minat dengan 125zr. Dengan cutting body yang seakan perempuan lentik yang mengiurkan sesiapa sahaja yang memandangnya. Bunyi deruman enjin yang menawankan hatiku. Perggh, menarik.

Motor ni memang best lah kan? Tapi maintainance dia tu yang tinggi sikit. Almaklumlah pakai 2T. Berlipat kali ganda koyak lah duit poket Alan nanti. Baru study, belum kerja lagi. Aduhaai… Nak buat macam mane? Dah memang minat. Siapa pun tak boleh nak halang. Asalkan pandai berjimat suda memadai.

Handphone

Siapa tak suka handphone sila akan keyboard anda tinggi-tinggi okay? Semua orang suka right? Termasuk lah Alan. Sekarang ni pulak dah banyak handphone canggih-canggih di pasaran Malaysia. Black Berry, HTC, Android dan banyak lagi. Tapi yang Alan minat adalah iphone 4 keluaran Apple. Dan sekarang dengar ura-ura akan ada iphone 5 dengan kamera 8 mega pixel, a5 cip dan macam-macam lagi yang di’upgrade.

Apple Iphone 4 White

Kalau dapat iphone4 ni memang tiap-tiap hari lah ada ber’update kat Live Blogging.

Gitar

Gitar, memang dah lama Alan minat dari kecik lagi. Suka sangat tengok orang main, sedap! Teringin sangat nak belajar main tapi kat rumah tak pernah ada gitar. So, susah sikit nak belajar main. Pernah belajar main masa kat PLKN dulu. Tapi sekarang dah lupa. Hehe….

Gitar

Nanti bila dah ada gitar dan boleh petik gitar. Nak main untuk awek Alan. HAHA… Best sangat! 😀

pssstttt: Sampai sini sahaja. Nak tulis lagi tapi masa tak ada. Akan di’update lagi bila ada masa terluang. Kay Bye!

Comment here

CommentLuv badge