Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali. Hari ini saya nak terangkan serba sedikit tentang Takaful iaitu produk-produk Takaful yang ada di pasaran.
Sebab apa terdapat banyak dan pelbagai produk tentang Takaful. Ia disebabkan oleh terdapatnya pelbagai jenis risiko dalam kehidupan kita.
Antara risikonya adalah risiko penyakit, kematian, wang simpanan, wang pendidikan, kereta, harta benda, bencana alam, kebakaran dan sebagainya. Disebabkan risiko inilah wujudnya pelbagai jenis produk Takaful.
Untuk produk Takaful individu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Perubatan, Hibah atau income replacement, savings dan pelaburan (combined).
Perubatan atau Medical Card
Takaful perubatan atau medical card ini adalah pelan Takaful yang cover berkaitan kos perubatan di hospital (inpatient).
Waji atau perlu ambil medical card ini? Bergantung kepada keperluan individu. Jika ada bajet boleh ambil. Jika tiada bajet kewangan masih ada alternatif untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan.
Cuma di hospital kerajaan terdapat ramai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Mungkin perlu menunggu giliran yang panjang. Terutamanya di musim covid-19 sekarang. Pesakit dipilih mengikut tahap kritikal pesakit. Jika tidak kritikal terpaksa menunggu.
Income Replacement atau Hibah
Ada pelbagai nama dan panggilan untuk Produk Takaful ini. Antaranya adalah Personal Accident (PA), Takaful Hayat, Hibah dan sebagainya.
Apapun namanya dan panggilannya ia tetap menggunakan konsep Income Replacement atau pelan penggantian gaji. Sebab apa di panggil Income Replacement ata pelan penggantian gaji?
Contoh 1
Jika pencari rezeki iaitu suami meninggal dunia disebabkan kemalangan secara mengejut dan meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja dan 3 orang anak kecil. Sebagai suami yang bekerja untuk mencari nafkah dan menyara keluarga. Sudah tentulah si isteri tidak mempunyai pendapat untuk meneruskan hidup dan menyara anak-anaknya.
Kos harian seperti makan, minum, belanja sekolah anak-anak dan sebagainya memerlukan wang. Jika ketiadaan suami, dari mana si isteri ingin mendapat wang untuk meneruskan aktiviti harian?
Kos bulanan seperti rumah, kereta, bil api, bil elektrik dan sebagainya. Dari mana pula pendapatan untuk membayar kos-kos di atas?
Disebabkan kos-kos diataslah Takaful ini dipanggil income replacement atau penggantian pendapatan. Untuk menggantikan gaji si suami yang telah hilang disebabkan musibah kematian kemalangan secara mengejut.
Simpanan dan Pelaburan
Yang bestnya produk untuk simpanan dan pelaburan ni. Dalam masa kita membuat simpanan dan pelaburan di dalam Takaful. Ada manfaat Takaful sekali seperti manfaat kematian, hilang upaya menyeluruh kekal dan sebagainya.
Tidak sama dengan simpanan di KWSP, ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Hanya ada dividen dan bonus sahaja. Tiada manfaat Takaful.
2 dalam 1. Ada savings, pelaburan dan manfaat Takaful. Best dan terbaik kan?
Kesimpulan
Ambil Takaful ikut keperluan dan bajet anda. Dapatkan khidmat nasihat daripada ejen bertauliah dan berdaftar. Fahamkan betul-betul isi kandungan Takaful dan manfaat-manfaatnya. Suruh ejen terangkan secara terperinci.
Boleh juga contact saya Azlan – wasap.my/60172525945/NakAmbilTakaful untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma. Saya sedia membantu anda semua. InsyaAllah.
Comment here