Azlan Nor

Takaful, Hartanah dan Pembinaan

TIpsUncategorized

Review Gather Care

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap semua sihat sentiasa. Terutamanya di musim pandemik Covid-19 ni.

Syukur Alhamudulillah masih diberikan kesihatan yang baik. So hari ni saya nak share sedikit sebanyak mengenai Crowd Fund untuk perbelanjaan rawatan hospital. Iaitu Gather Care (GC). Saya akan review apa kelebihan dan kelemahan GC ni.

Betul ke kalau kita join GC ni dapat bayar kos rawatan perubatan di hospital? Sebelum itu, saya akan terangkan serba sedikit latar belakang GC ini.

Latarbelakang Gather Care

Gather Care (sebelum ini dikenali sebagai Life Engineering) adalah sebuah entiti yang dimiliki oleh Crowd Care Sdn Bhd.

Berfungsi untuk mengumpul dana perubatan daripada sharer untuk menampung kos perubatan di kalangan sharer sejak dari tahun 2017.

Gather Care bukan insurans, tetapi platform membolehkan komuniti kita bersama dengan komitmen maksimum tidak lebih dari RM 50 sebulan untuk memberi perlindungan perubatan RM 1 juta.

Benefit Gather Care Tawarkan

Antara benefit-benefit atau manfaat yang GC tawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Had Perkongsian RM 1 Juta
  2. Rawatan pesakit di hospital dan pembedahan harian
  3. Pampasan kematian sebanyak RM5,000
  4. Room and Board RM150/night

Manfaat ini semua adalah hampir atau sama dengan Pelan Takaful. Selepas ini saya akan terangkan kelebihan dan kelemahan GC ini berbanding Takaful. Betul ke GC ni dapat membantu sharer untuk menanggung kos perubatan?

Sebelum itu, kita fahamkan dahulu konsep GC ni.

Konsep Gather Care (Crowd Funding)

Mengumpul dana permulaan daripada sharer sebanyak RM100 dikalangan sharer. Contoh ada 1,000 orang sharer di darabkan dengan RM100. Sama dengan RM100,000.

Jika dikalangan sharer ditimpa musibah dan memerlukan kos rawatan di hospital sebanyak RM20,000. RM20,000 akan dibahagikan dengan 1,000 orang sharer. Sama dengan RM20 yang diperlukan daripada seorang sharer. RM20 juga akan ditolak daripada amaun permulaan sebanyak RM100. Tinggal baki didalam dana permulaan sebanyak RM80.

Jika tiada di kalangan sharer yang ditimpa musibah penyakit pada sesuatu bulan. Bermakna sharer tidak perlu share fund pada bulan tersebut.

Jika dana permulaan sama atau kurang daripada RM50. Sharer perlu memberi dana sebanyak RM50 atau lebih untuk mengembalikan dana permulaan tadi menjadi RM100 semula.

Contoh pengiraan dana.

Cukup setakat ini sahaja, seterusnya saya akan share KELEBIHAN dan KEKURANGAN GC ini pada part 2 yang akan datang. InsyaAllah.

Selamat menbaca. Semoga bermanfaat.

Comment here

CommentLuv badge