Azlan Nor

Takaful, Hartanah dan Pembinaan

Uncategorized

Penutup Tahun 2020

=============Penutup Tahun 2020=============
Tinggal lagi beberapa jam sahaja kita akan meninggalkan tahun 2020. Tahun yang penuh cabaran dan dugaan. Mahupun manisnya tetap ada.

Bermacam-macam dugaan kita telah lalui. Terutamanya dugaan Covid-19.

Tahun 2020 juga tahun kehilangan buat saya sekeluarga. Ayah saya telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Peninggalannya pada bulan Ramadhan hari Isnin yang penuh barokah. Semua urusan pengebumian dipermudahkan Allah. Lancar sahaja tiada apa-apa kesusahan. InsyaAllah syurga buatmu Ayah. Al-Fatihah.

Arwah Ayah sempat pesan kepada saya, untuk menyelesaikan hutangnya pada sahabatnya yang arwah berhutang semasa zaman bujangnya. Namun, orangnya tidak dijumpai. Ada nama sahaja. Arwah ayah pun tidak berapa ingat orangya. Tetapi hutangnya arwah tetap mengingatinya dan saya telah sedekahkan bagi pihak arwah ayah saya kepada masjid sebagai ganti hutang kepada sahabatnya.

Pada tahun ini juga saya telah mendirikan rumah tangga bersama cinta hati saya. Sedih juga kerana Arwah Ayah tidak sempat melihatku mendirikan rumah tangga. Alangkah bahagianya jika Arwah Ayah masih lagi hidup di dunia ini.

Apapun hidup ini mesti diteruskan. Terus menjadi hambanya yang soleh. Perjalanan kita masih jauh. Semoga kita berjaya didunia dan akhirat.
InsyaAllah, tahun depan. Tahun 2021 kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
T

ahun 2021 juga saya Target untuk ada passive income sebanyak 4 angka. Semoga semuanya berjalan lancar.

Tahun depan juga akan ada ahli baru dalam keluarga saya. Alhamdulillah. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah S.W.T
Sekian untuk 2020..

Comment here

CommentLuv badge