Latihan Industri

Hari Pertama Kerja

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari pertama Alan kerja. Sebenarnya bukan kerja tapi praktikal atau Latihan Industri. Tak kisah laa, Boleh je kalau nak panggil dah mula kerja. Kerja apa pon tak kisah. Asalkan halal dan bermanfaat. Itu yang paling penting.

Alan kerja kat Berlateh Construction. Sebagai Site Engineer kalau tak silap. Sebab masa nak bukak akaun bank baru, company ade bagi surat untuk tunjukkan kepada bank. Dalam surat tu dia tulis jawatan sebagai Site Engineer. Tapi masa borak-borak dengan staff dekat office. Dorang cakap Alan kerja sebagai Project Engineer. Sebab position tu je yang kosong. Tapi macam pelik je. Boleh ke orang ada Diploma jadi Project Engineer? Haha. Mungkin ini rezeki Alan. Allah bagi so Alan terima jelaa. Alhamdulillah..

Nak dijadikan cerita masa pergi tadi cari site tak jumpa. Dahlah naik kereta habis lumpur semua redah. Nasib baik kereta tak sangkut. Dah pening tak tahu nak jumpa siapa. Ada nampak orang tengah pasang cerucuk. Alan pon p kat orang tu. Tanya dia Berlateh Construction kat mana. Dia kata tak tahu. Pastu dia tanya, “Position ape?”. Alan pon jawab laa Site Engineer. Orang tu terkejut laa. Sepatutnya Site Engineer mestilah tahu kat mana tapak projek. Ni tak tahu, apa laa. Permulaan yang gagal.. Haha

Secara ringkasnya, hari pertama kerja tak banyak kerja yang dilakukan. Cuma Supervisor bawa meninjau tapak dan memperkenalkan Alan kepada staff-staff yang ada. Hari pertama ini lebih kurang macam sesi pengenalan laa. Tak banyak kerja sangat. Balik kerja pon awal sebab hujan.

Yang tak seronoknya kalau pagi sebelum masuk kerja hujan. Memang susah nak masuk tapak projek sebab tanah jadi lembik dan banyak lumpur. Naik pulak motor, memang mudah tergelincir kalau tak berhati-hati.

Kesimpulannya, hari pertama ini memang pengalaman yang amat bernilai. Bukan semua orang dapat pengalaman macam ni. Rezeki masing-masing kan. Yang penting kena ada usaha dan rajin buat kerja. Itu yang paling utama.

-Alan-
-12 November 2013-

Comment here

CommentLuv badge