Azlan Nor

Takaful, Hartanah dan Pembinaan

Personal

Pencukur Elektrik

Beberapa hari yang lalu Alan telah membeli pencukur elektrik yang boleh dicas semula. Harga tak berapa mahal sangat berbanding jenama lain yang berharga around seratus tetapi yang Alan beli ni Harga dia RM39.90 sahaja. Boleh di dapati di pasaraya Tesco berhampiran anda. Sementara stok masih ada. Hehe

Bateri

Pencukur ini masa bertahan bateri selama 45 minit mengikut manual Yang diberi. Manakala masa cas penuh katanya 8 jam. Bukan main lama lagi. Entah-entah Alan yang salah baca. Haha..

Cukup bab bateri. Apa lagi ea? Hehe

Performance

Dari segi performance memang mantap. Walaupun Ada beberapa kawasan tu yang susah nak dicukur. Yang paling ketara bahagian dagu atau janggut ni agak sukar sedikit. Tetapi performancenya tetap mantap dan licin.

Pencukur Elektrik
Jenama Sonix

Bahagian lain seperti misai, ketiak, ehem-ehem dan sebagainya memang mantap sekali. Cukuran nya begitu lancar dan licin. Dah macam guna mata pencukur manual.

Yang penting pencukur ini tidak menyebabkan luka.

Cukup sampai di sini sahaja entri kita pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog Alan yang tak seberapa ni.

Pssstt: Jom bercukur !

Comment here

CommentLuv badge