
Tidur awal malam tu sebab esok nak hang out ngan dia. Bangun pun awal pukul 6.45am kalau tak silap. Bangun gosok gigi, shave janggut dan mandi lah apa lagi kan? Then siap-siap dan kasi wangi sikit. Terus drive kereta ke Ampang sebab ingatkan nak pergi saloon potong rambut kat sana. Sampai je sana, saloon tak bukak lagi. Tengok jam baru pukul 9am. Tak boleh jadi ni, decided terus ke Subang potong rambut kat sana lah jawabnya. Sampai Subang pulak, jenuh mencari saloon nye tak jumpa. Aduhaiii, macam mane ni. Pusing-pusing lagi kat Subang then jumpa satu saloon ni. Terus potong rambut. Jadi pelanggan pertama hari tu kot (haha). Lepas cut rambut terasa ada sikit konfiden nak hang out ngan dia (hehe). Tanpa membuang masa terus drive semula ke KFC. Mesej dia kata dah sampai. Lama jugak tunggu budak kecik ni. Tak kesah pun sebenarnya asalkan dapat hang out ngan dia (hehe).
On the way ke Sunway Pyramid dua-dua diam je. Si budak kecik ni busy ngan henset dia je (haha). Ok, sampai je Sunway cari parking nak park kereta. Lepas tu masuk mall tengok orang main Ice Skating jap. Agak-agak dah rasa lapar, kita orang pun pergi makan McD. Alan makan Spicy Chicken McDeluxe dan dia makan Fillet ‘O’ Fish. Kalau tak silap order Double McDeluxe tadi. Tapi satu je dapat. Dah banyak kali kena macam ni. Kat KFC sekali pernah kena. Damn betul! (hehe). Moral the story bila order Double kena check dapat double ke tak.

Selalu je budak kecik ni makan tak habis. Tak sedap kot. Tapi Alan suka makan McD. Lepak kat McD budak kecik ni asyik tengok orang je kerja dia. Suka sangat dia tengok gelagat orang-orang yang lalu-lalang kat situ. Ishh-ishh, silap-silap dia pulak yang kena ushya balik baru tahu (huhu).
Lepas dah bosan lepak kat McD. Gerak menuju ke Ice Skating lah apa lagi. Hati dah dup dap dup dap. Berdebar nak main Ice Skating ni. Rasa takut pun ada jugak sebenarnya. Jap, usyha-usyha orang sekejap dan tenangkan diri sekejap. Terus beli tiket. Akak cashier tu bagi 2 glove, satu warna hijau dan satu lagi warna oren. Tanya balik boleh tukar tak? Then suruh si dia pilih warna apa. Dia pilih warna oren. So sweet! Hehe.

Masa kita orang sampai tu, ice dah nak cair. Kenalah tunggu sikit sementara pihak pengurusan buat kerja mereka. Tengok depan ada seorang mamat ni, playboy agaknya (hehe) dok asyik mengorat budak je kerjanya. Ayat apa dia guna pun tak tahu. Nak mintak bergurulah. Huhu..

Masa-masa mula main tu memang gelabah semacam je. Tetiba kedebukk!! Jatuh. Haha. Bapak malu time tu tapi nasib baik orang tak nampak. Hehe. Dah lama-lama sikit main, dah boleh meluncur laju-laju. Tapi still tak expert macam orang lain lah. Kalau macam ni, kenalah selalu datang sini. Seronok betul masa tu. Jom, nak main Ice Skating lagi?
Bila main Ice Skating ni mesti kena pakai stokin. Tapi Alan pakai stokin pendek. So, tertinggal la kenangan dekat buku lali. Kalau tak ada stokin boleh beli kat cashier harga RM5.

Dah penat meluncur, terasa lapar pula. Sebelum makan gerak pergi kereta sekejap sebab nak ambil laptop. Nak dijadikan cerita, cari tempat park kereta tak jumpa-jumpa. Aduhaii…. Apa pun tak bole lah time tu. Tapi macam best pulak jalan-jalan cari kereta park kat mana. Hehe…
Kita orang pun pergi makan Pizza Hut. Order macam biasa. Dia Tropical Fizz dan Alan Asam Boi Fizz. Makan spaghetti dan Mango Pudding. Lagi sekali budak kecik ni makan tak habis (hihi). Jangan marah yee? : ) Lepas makan terus hantar dia balik.
Tamat sudah cerita di Sunway Pyramid, kenangan 22 February 2012 hari rabu. Hehe… Ada masa nanti Alan bercerita lagi okay? <3
Pssttt: The new epic scene in my life just began.
Pssttt lagi: Terima kasih kerana menceriakan hariku ini.
Comment here