Azlan Nor

Takaful, Hartanah dan Pembinaan

PersonalTIps

Saya Dah Tak Merokok ! :)

Oh, hari ni dah genap sebulan Alan putus cinta. Putus cinta dengan rokok. Dan ini adalah kali kedua Alan berhenti merokok. Harap-harap lepas ni dah tak merokok terus. Nyah kau dari hidup Alan. Berambus pergi jauh-jauh. Tak suka, tak suka. Jangan kembali ke kehidupan Alan lagi! Haha

Bermula hari ni juga Alan akan ke arah keluarga bahagia. Tak merokok lah katakan. Haha. Nak banyakkan keluar peluh. Nak maintain balik stamina yang dah lama hilang ni. Tiap-tiap petang kena pergi jogging tapi sekarang petang memanjang hujan je susah lah Alan nak pergi jogging. Hehe.

Kenapa berhenti merokok?

Bila fikir balik, memang sia-sia je hidup Alan selama menjadi perokok ni. Banyak benda dibazirkan. Duit dah semestinya banyak habis. Kalaulah dapat spend duit tu untuk masa depan kan bagus noh? Adalah jugak duit simpanan untuk kahwin nanti. Tak adalah mengharapkan orang sangat. Tak nak menyusahkan orang. Hidup dengan usaha sendiri memang menyeronokkan.

Kembali kepada soalan. Kenapa berhenti merokok? Sebenarnya, bila rasa diri ni ada yang menyanyangi memang terasa serba salah dibuatnya. Kita yang merokok orang lain pun kena tempiasnya. Memang menyusahkan orang betul.

Sekarang ni, tengah belajar lagi. Nanti kalau dah kahwin, tak kan nak merokok lagi kan? Tak kesian isteri ke? Aduhaiii. Tapi tak apa pasal awak sahaja, apa-apa pun saya sanggup lakukan. Walaupun benda tu susah. Ingat senang ke nak berhenti merokok? Bukan semua orang boleh buat tu. Hehe.

Actually, dah lama nak berhenti merokok ni. Ini adalah wishlist untuk seorang perokok. Kalau berjaya memang gembira tak terkata dan nak terlompat pun ada (haha).

Rokok adalah nyawa perokok?

Bagi Alan rokok bukanlah nyawa bagi seseorang perokok. Buktinya sekarang Alan dah tak merokok. Bukan berhenti slow-slow tapi boleh dikatakan berhenti secara mengejut. Tak mati pun? Bertambah sihat adalah rasanya. Duit pun jimat. Kui-kui : )

Cuma perokok sengaja menggelarkan rokok sebagai ‘nyawa’ mereka. Kononnya tanpa rokok dorang akan mati. Tak boleh hidup tanpa rokok. Disebabkan tanggapan ini mereka susah nak berhenti merokok. Sayang sangat nak tinggalkan ‘nyawa’ tu.

Pengaruh!

Yang ni korang kena hadapi dengan tabah. Di mana-mana je korang berada akan terjumpa dengan pengaruh untuk merokok. Korang kena lawan pengaruh ni. Kalau dorang offer rokok buat tak port je. Jangan ambil walaupun sesedut. Buat benda lain selain daripada merokok.

Benci Pada Rokok

Kalau nak berhenti merokok, amalkan supaya membenci rokok sampai bila-bila. Jangan sayang lagi kat rokok. Tanamkan dalam hati benci rokok!

Kesan

Bila korang dah tak merokok. Korang kena hadapi kesannya. Antara kesannya, tak ada selera nak makan, tekak kering, tekak rasa loya, nak muntah sepanjang masa, tak sedap badan dan sebagainya. Ini semua korang kena hadapi dengan tabah. Kena banyak bersabar. Jangan asyik merungut je. Banyak sangat merungut tak jadi apa pun. Kuatkan semangat tu. Kalau Alan boleh lakukan korang pun boleh laa.

Apa yang Alan buat setiap kali nak minum, Alan akan minum air Limau Ais. Dapat sikit mengurangkan rasa loya tekak tu. Amalkan selalu minum air Limau Ais sepanjang masa berhenti merokok. Korang akan rasa perbezaan bila minum Limau Ais atau tak. Air lain jangan minum.

Lagi satu, Alan amalkan jogging pada sebelah petang. Bila kesan tidak merokok ni korang rasa. Korang kena keluarkan peluh supaya badan korang kembali bertenaga. Rasai perbezaannya bila korang jogging. Tak dapat setiap hari, 2 kali seminggu pun okay ape. Dah cukup bagus dah tu.

Alan hadapi kesan ni semua hampir sebulan. Lepas sebulan dah mula ada selera makan. Boleh makan banyak-banyak. Siap ada orang temankan lagi. Hehe….

Yang Penting

Kalau korang yang baca ni seorang perokok? Dan ingin berhenti merokok? Ikutlah point-point yang dihighlight hitam tu ye? InsyaAllah dengan izin-Nya dapat kita dapat ke arah yang lebih baik.

Ini semua berdasarkan pengalaman Alan sebagai seorang perokok. Apa yang ditulis ini semoga dapat korang amalkan.

Semoga berjaya berhenti merokok

Terima kasih!

Comments (4)

  1. bagaimana dengan perokok yg jarang sangat merokok,

    [Reply]

  2. Usaha dan niat yang bagus.semoga terus kekal

    [Reply]

  3. Terima kasih ! 🙂

    [Reply]

  4. .Sekarang Sudah berjaya bos..👏

    [Reply]

Comment here

CommentLuv badge