Azlan Nor

Takaful, Hartanah dan Pembinaan

Personal

Jalan-Jalan di Empangan Tasik Mengkuang & Pesta Pinang !

Empangan Tasik Mengkuang Kedah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dah lama tak mencoretkan coletehan Alan di blog ini. Makin lama makin malas nak update. Lebih baik tak payah ada blog kan? Hehe… Okay tanpa membuang masa dan sementara idea Alan untuk menulis ini masih ada. Lebih baik Alan teruskannya. Nanti makin merapu pulak yee?

Nak dijadikan cerita, pada hari rabu lepas iaitu pada pada tahun 2011 bertarikh 28 Disember Alan dan classmates telah pergi jalan-jalan di Empangan Tasik Mengkuang, Kedah. Mula-mula diaorang ajak Alan macam tak nak follow je. Tapi disebabkan bosan duduk kat rumah, relakan hati join sekaki dengan diaorang. Memang best pergi sana.

Empangan Tasik Mengkuang Kedah

Empangan Tasik Mengkuang ini merupakan tempat untuk bersantai diwaktu petang. Bole joging, main badminton dan sebagainya. Permandangan yang indah, memang sesuai untuk orang nak dating (hehe). Tasik yang luas, dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan alam semulajadi sekitarnya menambahkan lagi tarikan penduduk tempatan untuk bersantai.

Suasana kat sini memang aman disamping kedengaran gelagat orang ramai yang berseronok di sini. Tempat ini sesuai juga untuk release tension lepas habis kelas macam Alan. Tak ada orang nak kacau kat sini Aman dan tenteram daripada bunyi kenderaan. Kalau nak cari ilham menulis blog kat sini pun bagus jugak ye tak?

Empangan Tasik Mengkuang Kedah

Tapi kalau nak datang sini digalakkan naik kereta sebab kalau naik motor kena parking di pintu masuk. Untuk masuk ke dalam korang perlu jalan kaki sejauh hampir 500 meter. Penat jugak lah kalau jalan kaki kan? Tapi kalau niat datang nak berjoging, joging aje daripada pintu masuk sampai empangan. Baru sihat ye takk?

Okay, selepas habis bersantai, kitaorang pun merempit pergi ke Pesta Pinang. Seronok juga rasanya merempit ramai-ramai (hehe). Dalam perjalanan Alan tak keluar duit pun untuk bayar duit tol . Ada orang belanja, terima kasih kawan-kawan. Parking pun sama orang belanja.

Sampai kat Pesta Pinang asyik tengok orang main je. Nak main permainan yang pusing-2 tu takut (hehe). Member aku sorang ni bole nangis pulak dia tengok orang naik, belum naik lagi dah nangis. Lembut betul hati kau nye kawan? 😀

Pesta Pinang

At last, Alan naik jugak Sky Rider. Walaupun harganya mahal. Memang terbaik! Best! Seronok gilaa! Mula-mula naik taku. Asyik menjerit je kat atas tu. Lepas kan semua geram, jerit kuat-kuat. Seronok gila! Rasa macam nak naik lagi je next time.

Pesta Pinang

Pesta Pinang

Kesimpulannya, jalan-jalan ni memang seronok gila. Harap-harap dapat lagi hang-out dengan korang semua nanti kalau ada masa. Kita pergi gila-gila lagi okay? Hehe…

Comments (1)

  1. […] Awam, memang seronok. Jumpa ramai kawan, awek pun ramai jugak kat sini (haha). Boleh rujuk artikel ini untuk membaca perkara yang berlaku semasa belajar di […]

Comment here

CommentLuv badge