Azlan Nor

Takaful, Hartanah dan Pembinaan

Personal

Workstation Seorang Pelajar Politeknik

Asrama Politeknik
*Gambar edit guna photoshop tak berapa nak lawa. 2 gambar cantum jadi satu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ni Alan nak bercerita sedikit tentang workstation Alan selama menjadi pelajar di Politeknik. Sebenarnya dah lama nak post entri macam ni. Tapi Alan tak ada camera. So, sekarang Alan dah ada fon + camera. Boleh lah Alan snap gambar banyak-banyak.

Bagi yang tak tahu, Alan sekarang sedang mengambil kos Sivil Engineering. Macam mana boleh dapat pun Alan tak tahu. Nak kata result bagus tak jugak. Mungkin rezeki Alan lah tu. Dah nak habis sem 1 pun tinggal kurang 3 hari je lagi tinggal kat asrama politeknik ni. Sem depan dah nak duduk luar (rumah sewa). Mesti banyak guna duit nanti.
Asrama Politeknik
Asrama Politeknik

* Tempat ku study.

Ni lah tempat Alan study. Meja tak lah besar sangat. Bersyukur je lah. Oh lupa, setiap bilik ada 2 orang. Memandangkan Alan tak ada roommate. So, selalu study sorang-sorang. Kadang-kadang assignment ada yang tak siap. At last, siap juga tapi last-last minit. Banyak juga tertinggal kelas, sebab tak dapat info. Classmates lupa kat Alan (tak sayang Alan lah tu). Memang banyak dugaan kalau tak ada roommate. Sama juga kalau roommate lain kos. Baik tak payah ada roommate kalau macam tu. Lagi tension kalau roommate tak friendly. Kacau dibuatnya!

Bila tak ada roommate jadi satu bilik ni jadi hak kepunyaan Alan. So, semua tempat Alan sebat. Termasuk lah dengan locker 2 biji, tilam 2 biji dan meja study 2 biji. Banyak syok uh semua dapat guna. Memang tak bersepah bilik ni sebab ruang simpanan banyak.

Asrama Politeknik

* Tempat menempiaskan nafsu terhadap internet (HAHA).

Meja study lagi satu tu Alan guna untuk online dan print. Di sini banyak masa dibuang dengan online (HEHE). Guna Celcom Broadband. Alhamdulillah, kat sini agak laju speed dia. Setakat nak surfing internet tu tak ada hal lah. Tapi kalau download jadi slow. Dalam drawer pula, apa yang berkaitan dengan gadjet or internet akan disimpan di dalamnya. So, bila nak cari barang tu memang senang. Antaranya, cabel-cabel, pendrive, DVD kosong dan banyak lagi. Menang tersusun cantik je. Lol!

Asrama Politeknik

* Alat grooming. *Oat Crunch. * Cermin.

No minyak wangi. Sebab dah habis (Lol). Ni je lah yang Alan ada. Suka guna bedak Johnson Baby. Macam budak kecik? Nope lah. Bagi Alan pakai bedak just nak menyedapkan bau badan je. Dan nak mengurangkan sikit bau badan tu. Baru selesa! Bukan Alan je tak selesa. Kawan-kawan lain pun akan tak selesa juga kalau ada bau badan masam. Lepas mandi mesti pakai bedak. Kalau tak pakai tak boleh. Macam ada je yang tak lengkap.

Yang kat atas sekali tu kotak air. Selalu time online minum. Beli kotak besar sebab lambat habis. Kalau kotak kecik one shoot dah habis. Tambah pula kalau guna 2 straw. Memang jadi takbiat Alan kalau minum air guna 2 straw sejak dari PLKN dulu. So, air yang disedut tu banyak sikit dapat.

Suka minum air teh bunga sejak PLKN juga. Banyak betul dari PLKN ni (hehe). Banyak kot kenangan manis kat sana. Tak akan Alan lupa semua kenanganku di sana. Redbull pun suka juga tapi mahal. Time masyuk je selalu minum. Sekarang study sengkek memanjang je tu pasal yang banyak kotak air teh bunga.

Asrama Politeknik

Akhir sekali workstation Alan or review pasal bilik ni? tak lah sehebat workstation korang semua. Simple je Alan punya.

Dah ngantuk, nak tidur. Mungkin dalam 2 hari lagi akan ada update pasal rumah sewa pula. Dan dalam proses memindah barang.

Psssstttt: Okay tak kalau Alan tulis macam ni?

Comments (1)

  1. Thanks for sharing such a nice article

    [Reply]

Comment here

CommentLuv badge