Azlan Nor

Takaful, Hartanah dan Pembinaan

Personal

Bermandi-mandi di Sungai Sedim

Fuhh ! penat, baru balik dari bermandi-manda di sungai Sedim, Baling, Kedah. Saje release tension sebab Final Exam lambat sangat nak habis. Gap sampai seminggu. Budak kos lain ramai yang dah balik boleh pergi jalan-jalan. Boleh makan masakan mak. Sedap! dah lama tak makan. Rindu kat mak!

Sungai

Sampai je Sedim, tukar pakaian terus terjun! Sejuk lak air dia. Port pertama kita orang mandi banyak batu. Habis sakit tumit dan lutut Alan. Alan kalau mandi sungai tak sah kalau tak luka. Mesti luka la wa cakap sama lu (Hehe).

Sungai

Sungai

Sungai

Sungai

Lepas mandi hampir 3 jam. Kita orang pun berambus sebab Alan nak singgah Giant sekejap nak ambil henfon tokei kedai buat harta lak. Dalam perjalanan nak balik tu boleh pulak tersalah jalan. Pelik bebenor jalannya tak pernah lalu. Kawan cakap terus je jalan nanti kat depan tu ada lah simpang masuk Kulim. Tup-tup dah sampai Kulim. Dekat pulak rasanya. Masa pergi tadi bukan main lama lagi (ikut jalan jauh).

Sampai kat Giant, Alan nak minta henfon. Dan dan resit tertinggal kat bilik. Hari tu bukak resit sebab nak ambil SD Card terlupa pulak nak letak balik dalam dompet. Satu hal! Tak apa hari rabu nanti Alan ambil balik.

Kesimpulannya, tadi bermandi-manda memang puas hati laa. Dapat terjun. Yang dah nak balik baru laa nak lompat. Saat-saat akhir je diorang berani. Tu pun kena paksa (HAHA).

Psssttt: First time tulis kat blog macam ni. HAHA

Comment here

CommentLuv badge