Azlan Nor

Takaful, Hartanah dan Pembinaan

PersonalSemasa

Hampir Sebulan Melanjutkan Pelajaran di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Kedah

Pintu Gerbang Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Kedah

Assalamualaikum….

Setelah hampir 3 bulan blog ini sunyi tanpa khabar berita, kini dengan adanya azam yang baru Alan akan cuba untuk mengusahakan blog ini seperti sediakala. Actually, sebelum ini Alan sudah mempunyai sebuah blog yang berdomainkan blogalan.com tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Alan telah membeli domain baru iaitu imalan.net. Dengan adanya domain baru ini Alan akan teruskan perjuangan sebagai seorang blogger.

Logo Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Kedah
Entri sebelum bertajuk official launch. Rase nya tak perlu kot official launch, dengan terpublished nya entri ni maka secara tidak langsung dah official launch ar tuuee??? Hehe….

Cukuplah untuk mukadimah setakat ini, kita sambung entri ini dengan tajuk asalnya. Since semangat untuk berblogging telah kembali setelah sekian lama terpendam (HAHA), so Alan pun dengan tak berapa banyak sangat idea untuk menulis entri ingin menulis serba sedikit tentang tempat Pengajian baru yang sedang Alan melanjutkan pelajaran.

Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah atau lebih dikenali sebagai PTSB Alan mengambil Kursus Diploma Kejuteraan Awam (KA). Semasa dapat tawaran ini memang terkejut laa kann?? Mana tak nya sebelum ni bukan nya belajar tentang KA pun. Tetiba dapat tawaran pulak. Memang frust menonggeng laa Alan bila check online dapat kursus KA. Tapi nak buat macam mana, dah rezeki Alan. Sebelum masuk sini pun dah minta pendapat dekat cikgu sekolah. Then Cikgu cakap “Rezeki awak laa tue, pergi je Poli. Tapi kena struggle cikit laa”. Alan pun dengar macam tu, dan fikir masak-masak terus buat keputusan akan menyahut cabaran sebagai seorang Engineer (HAHA).

Tanpa membosan readers dengan bebelan Alan yang tidak berapa sangat reti nak tulis karangan ni. Kita usya gambar yang sempat ditangkap. Gambar-gambar menceritakan tentang semuanya di PTSB 🙂

Bangunan Jabatan Kejuruteraan Awam PTSB
Ni laa bangunan Jabatan Alan. Boleh tahan laa besar dia. Siap ada kandang arnab lagi. Comel lak tu arnab uh. Hehe…

Dekat sini macam-macam kemudahan ada. Antaranya seperti gambar di bawah.

Pusat Islam PTSB

Dekat sini masjid diberi nama panggilan sebagai Pusat Islam.

Permandangan di PTSB

Ini adalah susur gajah yang terdapat di PTSB. Panjang Alan tak tahu pulak (HEHE). Tapi yang pasti daripada asrama hingga ke Kelas memang ada benda alah ni. So, kalau hari hujan tu memang tak akan kena hujan laa or basah kuyup tapi tempias tu mesti ada kan? 😛

Cafeteria PTSB

Ni pulak Cafeteria, tempat untuk makan dan cari awek (gurau jea). Harga makanan dan minuman di sini memang murah kalah KL. Nasi putih + ayam + air = RM3.70 Murah bukan? Kalau pandai berjimat cermat memang tak akan mati kebuluran laa kat sini.

Dewan PTSB

Yang ni permandangan dari luar dewan yang diberi nama Dewan Muadzam Shah. Dewan ni boleh dikatakan besar laa. Standart Poli laa kate kan. Tapi dalam dia ada Aircond + kipas memang syok laa. Kalau ada apa-apa mesti tertidur punya laa (HEHE).

Overall, memang best duduk study kat sini sebab kat sini tak macam sekolah dulu (HAHA). Nak outing bila-bila boleh tapi time free laa (Tak ada kelas). Dan kena masuk balik dalam Poli sebelum jam 7 malam.

Okay laa setakat ni sahaja entri Alan untuk kali ini. Nanti Alan akan update tentang kawan-kawan baru di PTSB.

Thanks for reading.

Psssttt: Bila laa nak dapat si dia ni. Hehe….

Comment here

CommentLuv badge